Part One: SPM

8:11 AM

I keep telling myself it would be alright,
I keep the tears which had been swelling up in my eye sockets for too long,
yet I can't take it.

It's hard when you're a perfectionist, when your strong hold is to achieve the best.
But when you fail to attain the best, you crumble to pieces.

It's even worse when you see the faces of your educators falter for a moment but kept their heads high and tell you to keep going. But deep in their eyes, you can see that their holding up their tears, just like you.

All these visions you make up in your head once you assume that you will get what you aimed for will remain as visions that you have to let go of.

Truthfully,

aku sedih. Aku sedih sebab aku tak dapat gembirakan hatiku ini. Aku sedih sebab walaupun aku sedang menulis menggunakan bahasa ibundaku sendiri, namun aku tidak dapat mencapai gred yang aku sepatutnya boleh kecapi untuk subjek ini.

Aku sedih sebab masa mereka memanggil pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ke atas pentas, aku tak dapat menjawab mesej daripada kawan-kawan aku yang bertanya jika aku akan naik pentas atau tidak. Aku sedih sebab aku dengar guruku berkata, "calon straight A+ ni, pasti boleh."


"Kenapa kau nak nangis? Stop punishing yourself! Kau marah dengan siapa, Allah?" "habis tu? Kenapa kau tak bersyukur?"

Ya Allah.

Betapa tak bersyukurnya aku ni.

Lepas aku dapat keputusan aku yang tak seberapa (bak kata diri perfectionist aku ni), tetapi aku dapat pulang ke kolej dan menggembirakan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Leo Club aku. Aku dapat berkongsi tawa dengan 'seniors' yang umurnya setahun lebih tua daripadaku namun dari segi pendidikan, kami dalam tingkatan yang sama.

Betapa tak bersyukurnya aku ni.

Aku lihat di sekeliling aku, semua ada. Aku tetap menjadi diriku yang aktif dengan memasuki kelas berenang (Advanced), aku sukarela melantik diriku menjadi ketua untuk Rumah Sukan, aku memasuki kelab Leo, sebuah kelab amal kebajikan, menyertai Debate Union, suatu perkara baru yang baru sekarang aku berani untuk sertai dengan niat untuk mengatasi ketakutan aku untuk menerima kritikan orang lain. Bilik aku di kolej ibarat hotel, sangat kontra dengan asramaku di TGB yang kipasnya tak 'function', aircond ada, table lamp, board, whiteboard semua disediakan. Ibuku tak perlu risau, aku tidak perlu risau. Bank Negara sudah memberi peluang untukku.

Betapa tak bersyukurnya aku ni.

"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"

Excuse my Fixi/manglish-like language, I just felt the dire need to write using my own language for one last time.




You Might Also Like

0 chit-chat(s)

Like us on Facebook

Subscribe